kejar cita-cita hingga ke awan yang paling tinggi,biar terkena awan yang paling rendah...!

Wednesday, 1 August 2012

salam Ramadhan

assalamualaikum....

salam ramadhan muslimin dan musliman...

alhamdulilah . sekarang dah masuk 2 minggu umat islam berpuasa dan aku telah menjalaninya di asrama . syukur sekali lagi semuanya berjalan dengan lancar biar pun terasa penat dan dahaga semasa menjalaninya . tahun banyak dugaan dan rintangan yang aku lalu . ya allah berikan aku petunjuk dan hidayah-Mu di bulan yang mulia ini . 

oyah , nak bagitahu yang sekarang aku dah ada kemajuan dari segi memasak dan membuat kuih . banyak manfaat yang aku perolehi semasa tinggal di asrama . bermacam2 benda aku pelajari .  

tak sabar rasanya nak pulang ke kampung halaman iaitu TAWAU . tahun ni insyaallah kami sekeluarga beraya dia sana tapi raya pertama bapa aku tak dapat pulang . sobsob . terpaksa tunggu dia untuk 2-3 hari baru dapat raya bersama . rindu sangat dekat family2 yang lain . warna tema family tahun ini warna Kelabu . mesti gempak kalau dah berkumpul maklum lah family kita orang semua happy-go-lucky . heee

ok lah terasa mengantuk pula , maklumlah entry ini di taip waktu subuh =) bye guys . selamat menjalani ibadah puasa .

Sunday, 15 July 2012

Kamus Hidup : 16/7/2012

salam....

Dear Kamus Hidup!
Hari ini hatiku sangat sakit...sakit yang teramat sangat!Aku tahu setiap hubungan itu pasti ada dugaan,perbalahan dan akan saling menyakiti tapi aku harus kuat...Hanya mampu bertahan demi kebaikan...Tapi?Mampukah hati ini???





Wednesday, 27 June 2012

Sem Baru Menjelma Lagi

Assalamualaikum....

perh ! setelah sekian lamanya baru sekarang ada masa nak buka blog dan buat entry baru...busy u olls hehe...oyah ! nak bagitahu korang semua yang aku dah SEM 2 dah sekarang ni...macam tak percayakan! SEM 2 ni memang memenatkan , 7 subjek kena study tau...bukan senang nak belajar MEDICAL ni...buat otak jadi gila siot! nak kena hafal benda2 yang super duper awesome pasal badan manusia..pastu dalam bahasa english lagi ...hah...ambik ko bila nak exam sampai pukul 1-2 pagi baru tidor pastu kena bangun subuh2 agar perkataan2 itu masuk dengan lancarnya...

Dipendekkan cerita bila sambung study ni kena la kuat akal fikiran agar pelajaran masuk ke dalam sel2 otak...huhu 3 tahun ''bergaduh'' dengan ayat2 saintifik amatlah membebankan kepala otak ( bukan kepala patella) patella = lutut...hah ! dah termasuk subjek Anatomy...hehe

Stop story pasal study !!
Dalam beberapa minggu lagi dah nak puasa...time tu lah kena muhasabah diri dan membina jati diri yang kuat..doakan Semester ni aku lulus dengan cemerlang okey ?!

p/s : nasib baik test 1 Kinesiologi tadi tak jadi...boleh lah menambah ilmu didada lagi =)
bubyeeee....salam 1 Malaysia warga blog !

Thursday, 15 March 2012

HIDUP OH HIDUP !

assalamualaikum !

hidup oh hidupppppppp....! ( baca dalam nada teriak okey ? ) hehe
omg ! bulan ni sangat2 memenatkan . otak dikerah dengan agak ''kasar'' . sakit kepala , sakit badan sehinggakan blog ni terbiar dan menyebabkan ia sedih tahap maksima ! blog aku pun ada perasaan tahu . huhu

bulan ini aku sangat busy dengan study . semester 1 yang sangat menyeramkan dengan subjek yang mencabar otak dan minda aku . ada subjek yang pertama kali aku belajar tau . as i mention at my past entry . paling menang subjek PHYSICS , ANATOMY & APPLIED ANATOMY . banyak sangat nak kena hafal . tapi aku bersyukur sangat sebab lecturer for anatomy & applied anatomy dah tukar dari indian to malay lecturer so senang sikit nak faham dan nak tanya soalan . hari2 kami kena hafal pasal tulang , muscle , joints dan segala macam benda yang berkaitan dengan badan manusia . huhu tu lah semangat sangat nak ambil course physiotherapy kan . hehe ( bukan maksud menyesal cuma tercabar sikit iman di dada ) . harap2 aku dapat pass sem 1 ni . sem yg sgt panjang ! huhu . okey stop story about study . hal dalam biarkan tersimpan kukuh di sanubari . hehe malas nak mention kat sini bahawasanya aku ada problem lain selain study ! zippppppppp .

jom story pasal aktivity aku minggu lalu - AHAD ( ohsemmmm day ! thanks for mama & papa sebab meluangkan waktu bersama anakmu ini dan member ( CASEY ) . ciuman di pipi kanan dan kiri )


                                                                (comel tak ? hehe )

okey ! anda semua tak perlu nak terbalikkan lappy kesayangan anda atau kata : eh ! mata aku ker salah tengok ni ? sebab memang rumah tu TERBALIK . sekali lagi aku cakap RUMAH tu TERBALIK ! hehe
nice kan unik sangat . kalau nak tahu lebih lanjut boleh lah meluangkan masa korang bersama family , boyfriend or kawan2 kat sana . xrugi tahu ! suka sgt dengan keunikan rumah ni . okey malas nak taip banyak2 nanti korang malas baca . boleh lah tgk2 gambar kat FB aku k hehe . selamat terhibur ! bubyeeee...jumpa lgi di entry akan datang ! peace sayang .

Saturday, 3 March 2012

MEDICAL STUDENT : PHYSIOTHERAPY


hello MARCH ! assalamualaikum....











                                     semakin busy dengan study ! first sem. yang menyeramkan...
ANATOMY,APPLIED ANATOMY,PHYSICS,COMMUNICATIVE ENG,BEHAVIORAL SCIENCE,PHYSIOLOGY ! menjadi lauk - pauk seharian =.=''

Sunday, 22 January 2012

HAPPY CHINESE NEW YEAR !

assalamualaikum !


happy chinese new year guys especially kepada kawan2 yang berbangsa cina :) !

perh...semalam kawasan tempat tinggal aku ni macam jadi tempat berperang jer...apa tak ! semua pun excited main bunga api...smpai pukul satu juga ! tapi best lar jga... 1 MALAYSIA kan :D bangga jadi rakyat Malaysia macam2 perayaan ada !

okey ! actually tujuan aku nak update blog ni bukan jer nak ucapkan HCNY kepada org cina tapi nak bagitahu korang apa kebaikan BUAH LIMAU ! yesss dear...L.I.M.A.U ! buah yg wajib ada tiap kali menjelangnya perayaan tahun baru cina...sedap kan buah ni ! mesti korang pun tengah melantak buah ni kan...macam aku lar dpt idea nak update blog pun masa tgh makan limau...okey2 tanpa membuang masa jom kita sama2 mengetahui kebaikan dan khasiat buah ni....

 KHASIAT BUAH LIMAU

---> Vitamin C terdapat pada pati buah, isi dan kulit. Sebanyak ¼ bahagian daripada kandungan keseluruhan vitamin C pada buah limau terdapat di dalam pati buahnya. Provitamin A (beta karoten) yang membentuk Vitamin A banyak terdapat di dalam kulit dan pati buah limau.

Vitamin C berperanan dalam proses penyerapan zat besi bukan organic (zat besi dan makanan bukan dari sumber haiwan) sehingga dapat mencegah dan membantu penyembuhan anemia.

Vitamin C juga memilih kemampuan sebagai antioksidan, yang dapat membantu mencegah kerosakan sel akibat daripada aktiviti molekul radikal bebas di dalam tubuh. Radikal bebas ini diketahui memberi impak yang buruk pada kesihatan seperti kanser, kardiovaskular dan katarak.

Hasil kajian terbaru menunjukkan bahawa pengambilan vitamin C yang tinggi dari makanan, termasuk daripada buah limau dapat mencegah kenaikan kadar LDL di dalam darah. Kandungan LDL yang tinggi di dalam darah menjadi faktor utama berkembangnya penyakit jantung.

Beberapa kajian epideminologi telah pun menunjukkan hubungan antara pengambilan vitamin C dengan risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular. Vitamin C di dalam buah-buahan termasuk buah limau, secara ilmiah telah terbukti mampu melindungi tubuh terhadap serangan kanser.

Hasil Kajian epidemiologi menunjukkan bahawa pengambilan buah-buahan (antaranya buah limau) dan sayuran yang tinggi, memiliki kesan perlindungan terhadap kanser yang lebih baik berbanding dengan pengambilan vitamin C dalam bentuk suplemen mahupun tablet.

Disebabkan lensa mata memainkan peranan penting pada pembentukan penyakit katarak, peranan antioksidan (termasuk vitamin C) menjadi penting. Hasil kajian juga telah membuktikan bahawa individu yang mempunyai kandungan vitamin C dan karotenoid yang tinggi di dalam darah mempunyai risiko yang rendah untuk terkena penyakit katarak.
Limau, sebagai sumber vitamin C juga memberikan kesan pencegahan dan penyembuhan terhadap penyakit seperti pereputan tulang (osteoporosis), batu karang , gangguan fungsi kognitif dan asma.

Selain sebagai sumber vitamin C, buah limau juga merupakan sumber asid folat yang berpotensi. Sebiji buah limau dapat memenuhi 20 peratus daripada keperluan asid folat setiap hari. Kadar pengambilan makanan dengan kandungan asid folat yang tinggi seperti buah limau segar atau dalam bentuk jus, akan meningkatkan kadar asid folat.

Peningkatan kadar asid folat akan menurunkan kadar homosistein, yang merupakan racun bagi dinding pembuluh darah. Dengan menurunnya kadar homosistein, risiko penyakit kardiovaskular juga berkurang.

Komposisi gizi di dalam buah limau manis ialah: tenaga 45 kkal, protein 0.9 g, lemak 0.2 g, karbohidrat 11.2 g, fosfor 23 mg, kalsium 33 mg, zat besi 0.4 mg, vitamin A 190 IU, vitamin B1 0.08 mg, vitamin C 49 mg, serta air 87.2 g (per 100 gram buah limau).

Karbohidrat di dalam buah limau merupakan karbohidrat sederhana, iaitu fruktosa, glukosa dan sukrosa. Kandungan gula di dalam buah ini semakin bertambah apabila buahnya semakin tua, tetapi kandungan asamnya pula semakin berkurang. Buah yang mendapat sinar matahari secara terus akan mengandungi gula lebih banyak, termasuk vitamin C yang banyak juga.

Jadi, berbanding mengambil vitamin C dalam bentuk tablet, lebih baik amalkan memakan buah limau yang sememangnya kaya dengan kandungan vitamin C dan khasiat-khasiat lain yang baik untuk kesihatan tubuh badan.

see guys ! banyakan khasiat buah LIMAU nie...so apa tunggu lagi cepat2 pergi dapatkan buah nie untuk kesihatan diri...

Saturday, 7 January 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012

assalamualaikum...


hellooooo 2012 byebye 2011...perh!pejam celik pejam celik dah 2012 dah...cepat betul masa berlalu kan...xsedar umur aku pun dah 19 tahun...can you believe that??!haha...aku pun sgtsgt tak percaya...ok!itu menandakan aku harus dan semestinya berperangai matang!!huhu...oh ya...masa tahun baru hari tu aku kat TAWAU...my hometown!!yessss...mmg sgtsgt best yer...jgn jeles!adakah jga ya jeles??lantak..

ok aktiviti kitaorg masa tu--> pagi :call member ! ajak jalanjalan pegi bandar... kira ''ladies day'' lah hari tu...kitaorg pegi bertiga dgn cousin aku sekali...mula2 makan kat Tendah Biru sapa org TAWAU mesti tahu tempat ni..sedap siot makan kat sana...after that,kitaorg mula lar round2 bandar kluar masuk semua kdai...heee jgn ckp la kaki mmg ''kuat''...smpai jam5 lebih!!
                                   --> malam : aktiviti wajib dilakukan setiap kali tahun baru iaitu BBQ!!yippiiii...syok abis tau...masa tu jga aku dan cousin aku first time membakar chicken wing,ikan n jagung!!kesiankan...haha first time tu...tapi kami telah melakukan kerja dgn baik sekali...semua masak secukupnya tau!!say congratz 4 my self...haha...malam tu mmg kenyang tahap dewa sbb mcm2 makanan dihidangkan...antaranya mee goreng,bubur durian,salad sayur and mcm2 lagi...oh ya...ada kek jga sbb cousin aku smbut befday dia sekali...2 biji kek dorg beli!!sgtsgt tamak haha...tpi berbaloi2 lar...dah habis melantak makan kitaorg kluar pegi tgk ''bunga api''...2 kereta gerak mencari lokasi yg strategik...ok aku sgtsgt enjoy masa tu...jgn crta lah tahap kebahagian kitaorg...haha...

selama 1 minggu bercuti di TAWAU rasa cm tak cukup jer...iya la bila dah jmpa dgn cousin2 yg ''giler'' msti la bestkan..huhu tiba2 rindu kat dorg..xpe raya nti insyaallah balik lgi :D sekarang ni aku tgh cuti sem bosan jga lar sebab xda aktiviti yg menarik nak dilakukan tpi nak buat cmna kan sabar jer la...ok lah rasanya dah cukup panjang entry aku ni nti ada pula yg bosan kan...heee aku tahu aku dah lama gila xupdate blog maklum la org busy bercuti heee...ok sehingga berjumpa lagi di entry akan datang...byebye muahhhhhhh ! smile always dude...

Tuesday, 13 December 2011

MANUSIA OH MANUSIA

assalamualaikum.....


manusia?!

memang sukar untuk dipahami dan dimengerti...macam2 ragam macam2 kerenah dan macam2 lagi...hari ini aku nak cerita sikit pasal kerenah seorang member ni...seperti yang sedia korang ketahui aku sekarang duduk hostel so suasana pun dah lain dan kena matang...mula-mula housemate aku mmg ''best sgsgt'' tapi hari berganti hari bulan berganti bulan semua dah tunjuk gaya sebenar...tapi normal lah kan bila kita jadi diri kita sendiri di hadapan member...tapi yang seorang ni agak2 lain kadang2 buat hati jadi panas dgn perangai dia...rasa nak ''lekatkan'' dia kat dinding jer...nasib tahap kesabaran kami tinggi klu x dah lama dah gaduh...mungkin entry kali ni agak berlainan dari sebelumnya iya lah aku kan selalu post cerita2 yang ''happy'' jer tapi kali ni aku post entry pasal ''unhappy'' story maaf lah klu ada pembaca yang rasa xsuka atau bosan aku paham tapi bukan bermaksud nak memburukkan member sendiri cuma dah tak tahan dgn perangai dia...aku rasa lebih baik aku tulis kat blog dari aku terus serang dia kan...sekarang ni aku cuba nak tenangkan hati dan kosongkan fikiran yang tengah serabut sgtsgt ni...nak luahankan kat member lain tapi tetap xboleh itulah aku...

aku dah cuba dah tanya dia apa masalah dia sebenarnya tapi dia cuma cakap biarlah aku pendam!!!see amat menjengkelkan...apa guna member kalau xnak cerita??bukan nak sibuk hal dia tapi bila dia ada masalah dia xkan peduli ko dan buat ko cam patung...!hah...ada ke yang tahan klu kena buat camtu??!!ishhhh....makin panas aku rasa klu ingat balik gaya dia tu...huhuhu

dah lah...rasa dah ringan sikit dah otak ni bila dapat luahankan kat blog...anggap jelah mmg camni kehidupan dan kita sebagai seorang manusia pasti akan melaluinya...peristiwa ni membuatkan aku lebih matang dalam bergaul...!harap2 aku dapat bertahan selama 3 tahun...3 TAHUN??!alah xlama tu pejam celik pejam celik dah habis...kan3?iya kan saja lah...haha

p/s:tengah ''layan'' meggi + susu...hehe...pasni pasti ada entry yang lebih gempak!!hehe...soal hati ke hati...nak tahu??pastikan anda setia membaca blog ini  ^____^



Monday, 5 December 2011

:: KEKASIH HATIKU DI MASTERSKILL ::

assalamualaikum !

 
halo DECEMBER !! heee...okok aku tahu aku dah lama gila xupdate blog ! opsss...maklum lah budak kolej busy memanjang jer...haha ! busy ke malas cik adik oi...alah sama je tu...erm...nak story mory sal apa erk?banyak sangat story smpai bingung tahap dewa !!heee...ish..ni lah aku ni bila dah menaip asyik merepek je...(sekali lagi menggunakan ayat tunggang langgang nasib cikgu BM aku tak tahu kewujudan blog ni) =.=''.....

ok fine... xpayah nak pening kepala lah sangat...kita direct pegi tajuk entry ni ! hah...apa tu KEKASIH HATIKU DI MASTERSKILL??! tetttttttt....hehe uish jgn la pikir lain2 pula...biarlah rahsia (dah mula dah nak merepek nak kena pelempang kot hehe)...
actually aku nak korang kenal member2 aku kat MASTERSKILL nie mana lah tahu ada yang korang berkenan ke kan...hehe promote2 !! ok lah tak nak melalut tak tentu pasal...

let's check this out bebeh :D

kita start dari kiri : CASSEY,ME (ASHA),WANIE and JEN
hah...ni lah geng karas aku...kita org satu umah,satu kos and yang paling best satu kepala bebeh :D

 guys ni lah antara member2 aku...suma pun sot2 jga hehe tapi best la kawan dengan dorg rasa cam dah lama giler aku knal dorang ni!
(abaikan bas kat belakang tu....kalau nak tahu tu lah bas yang ulang alik hantar kitaorang ke kolej...ada banyak sehingga tak terkira!kadang2 sampai ketinggalan bas lagi haha =.='')


ok lah guys setakat tu je lah yer kang klu aku letak semua ada yang meluat pula hehe...klu nak tgk boleh lah ke FB aku...jangan segan silu!

p/s:actually esok aku ada test maths tapi xpe blog didahulukan study dibiarkan sebentar hehe entahlah pepatah dari mana aku dapat :D santai2 aja deh...yakin je boleh!!
LIFE MUST GO ON...THINK POSIVITE !!!


Friday, 4 November 2011

KEHIDUPAN YANG SEDANG DILALUI

assalamualaikum sayang2ku....heee

mari sini mari2 asha nak cerita pasal kehidupan asha sekarang...heee!excited sendiri...haha!ok2 be dewasa okaiii....sebelum tu asha nak cakap asha rindu korang tau...ye betul!xcaya ker??xcaya sudah...dah mula dah buat orang menyampah....oits!jom sambung serius cikit...

ok guys...selama ni asha menghilang dan jarang update blog sebab sedang mem''busy''kan diri dengan study...yap!kita dah sambung belajar dah...bukan SK atau SMK dah tapiiii KOLEJ !eee....bangganya baru kolej belum UNIVERSITI kan...haha!xkesahhhh....ok!apa kos yang asha ambil??jeng3...FISIOTERAPI !! yesss...akhirnya cita2 asha tercapai juga....yap memang after SPM dulu my mind dah sebut2 nak FISIO juga...now FISIO is my life my soul my everything...hah!ambik ko kena speaking dan belajar BI...yes guys semua pelajaran dalam BAHASA INGGERIS!mampossss...dah la asha ni broken bukan je broken tapi patah2 otak dan lidah nak belajar dlm BI...tapi demi masa depan dan harapan yang telah diberikan oleh kedua ibubapa asha tempuhi juga segala rintangan yang datang...

oyah!asha tinggal kat hostel tau...so everything buat sendiri alah setiap kali cuti balik juga kat umah sebab xjauh mana pun...mengada2 jer tu nak duk ostel nak feeling2 la jadi budak kolej...heee...eh!lupa nak bagitau kat mana asha study kan hah asha study dekat MASTERSKILL UNIVERSITI COLLEGE OF HEALTH SCIENCE!!

opssss!sori guys...masa tak cukup nak story mory pasal kehidupan asha sekarang...kita sambung lain kali ok!byeeeee.....

Tuesday, 25 October 2011

''KEGEMBIRAAN BERSAMA MEREKA''

assalamualaikum w.b.t


ya allah...rindunya aku dgn ''HIDUP UMPAMA PUZZLE''!!haha...perh!dah bekarat dan berkurun dah blog aku ni....sian sgt!lama betul dah tak update blog...sedihhhh!!!

ok guys!jom ceceite sal apa dah jadi kat aku selama ni...erm nak mula dari mana erk?ye la banyak sgt nak crta sampai xtau nak mula dri mana kan...ok la kita mula dri raya hari tu...


nak dimulakan cerita...
raya hari tu aku pulang kg.iaitu TAWAU....fuhh!best gilerrrr beb dapat smbut raya dgn family...mcm2 aktiviti kitaorg bt smpai xigt haha...gambar??jgn tanya lah kompom full memory...haha!ok la xnak ckp banyak kang kena sepak pula oleh readers...haha!


let's check this out.... 



- hah!ni la family kesayangan aku-
 -bersama keturunan besarrrrr HJ.MAMA-
-mama dan nenek yang cute-
-gadis2 tg.batu!OMG...so sweet hehe rindu kat korang syg-


 huhu...kesian tul aku kan blogger plg lambat bt entry sal raya tapikan apa aku peduli haha...lantak r janji aku suka!perh...bnyk lgi nak taip tpi masa menyemburui kita...ye la tu padahal belambak keja nak bt...k.la chawww dulu...bye3!jmpa di entry berikutnya......

Tuesday, 9 August 2011

TERSIRAT DI KALBU RAMADHAN

assalamualaikum....


alhamdulilah dah masuk 9 hari dah puasa kita kan....xrasa betul rasa macam baru jer puasa pertama hari tu...
erm...mesti korang rasa penat+mengantuk+lapar dan segala macam kan?!besalah tu tapi kena sabar k...
huhu...ayat macam orang xbermaya jer aku rasa...eleh!memang xbermaya pun time puasa kan lain tu kalau cergas time2 camni (cepat tgk jam..jam menunjukkan jam 4.24 petang) hah...time2 semua org lemas dan tak sabar nak berbuka lah tu....sabar korang!sabar itu kan separuh daripada iman dan separuh lagi lu pikir la sendri...haha (lawak xmenjadi =.=')....

okey...honestly aku xda cerita gempak lagi hebat cam blogger2 lain...knp?sbb aktiviti aku setiap hari sama jer xda beza pun tapi aku yakin masuk bulan 9 pasti ada cerita yang gempak lagi hebat lagi meletop...leh?ye ke?kita tunggu je lah k....hehe

huhu...actually entry kali ni pasal isi hati aku!!!
entahlah...agak2 berbeza dgn sebelumnya hati seperti tidak tenang...adakah disebabkan itu ini sana sini??ish3...aku asyik menggunakan perkataan yang memeningkan dan terbelit2...itu namanya aku kurang bijak dalam meluahkan perasaan yang ada kepada ''blogku'' ini....pening ya baca entry ini!lantaklah mungkin dengan cara ini aku lebih senang dan bahagia kot...(bukan nak mencarut tetapi lebih kepada privasi kerana tidak mahu mana2 pihak menyalahgunakan apa yang telah aku tulis/taip)so,korang kena lah paham k!!

entry kali memang bosan aku akuinya tapi aku dah tak boleh pendam biarpun aku tidak menceritakan apa yang terjadi kepada korang tapi aku rasa dengan berkata2 menggunakan jejari comelku ini aku dah rasa beban yang dipikul berkurang....mungkin apa yang terjadi sekarang ni akan menjadikan aku lebih matang dan bijak dalam mengambil keputusan...aku harap keputusan yang aku buat ni boleh diterima oleh pihak2 yang terlibat...huh!fikiran bercelaru membuatkan kata2ku berantakan...!

rasanya cukup lah sudah entry kali ni aku dah tak mampu nak menaip hati semakin berat!sukar untuk diungkapkan dengan kata2 dan sukar untuk dibayangkan dengan gambar....perh!ayat mana aku ambil pun aku tak tahu....ok!!stop asha stop...jangan diingat semua tu!!

p/s:setiap yang terjadi pasti ada hikmah-NYA....aku harus tabah menghadapinya!!!asha u can do it...be strong my dear...!!



-sekadar gambar hiasan-
(berikan aku kekuatan agar bisa menjalani hidup ini dengan tenang)

Monday, 1 August 2011

1ST DAY !

assalamualaikum semua !!


rasanya belum terlambat lgi untuk aku mengucapkan ''SELAMAT BERPUASA'' buat semua family aku tak kira lah korang berada di mana pun dan kawan2 yg sentiasa dihati :D (rasa formal sgt kan ayat aku biasalah mood puasa la katakan hehe)

agak lama aku tak update blog kan huhu.....sejak kebelakangan ni mood aku kurang stabil so xda crta nak dicrtakan!tapi hari ni telah berlaku keajaiban itu aku kembali rajin(erk!keajaiban apa la tu)abaikan jer !

erm...ok!hari ni first day puasa seperti yg kita semua ketahui dan tengah lalui right??ok dari semalam aku bertempur dgn pelbagai dugaan dan cubaan....ceh!macam nak g berperang je....alah actually perkara2 yg terjadi semuanya menggembirakan dan amatamat aku suka!!! haha...(sesetengah perkara d rahsiakan kerana takut ada pihak yg meraguinya!ceh...sekali lagi aku menggunakan ayat yg membingungkan....







eh!!!kenapa ada pic kat atas nie?? bingung sebentar!!


hehe...actually tu hadiah dari mama untuk anak dia nie...erm!hari jadi aku ke ari ni??xla hari jadi lambat lagi tapi mama dgn berbesar hati nak bagi hadiah hari jadi aku awal....motif??ntah aku pun tak tau...sengaja je kot!anyway mama,asha nak ucap terima kasih sbb bagi loket HABIB tu kat asha cantik sgt warna gold...! i like it babe...hehe.....ok lah setakat nie je lah k!well masa mencemburui kita hehe...

p/s:puasa betul2 tau xnak pegi minum air kat tandas atau makan sorok2 ! adakah pesan itu untuk diri sendiri haha....confius!!byeeee

Tuesday, 19 July 2011

SWEET 21 !

assalamualaikum.....

hai guys ~
long time no see right??
yap!
biasalah aku kan busy dgn urusan seri paduka baginda...haha
busy dgn fb adalah!
ok...actually entry kali ini special sikit!
erm...apa yg specialnye sama je aku tgk!
dah...dah...agak2 merepek d situ yer....ok kita serius!

HAPPY BERANAK DAY ABANGGGGGGGGGGGGGGGG!!!

yes!iya hari ni abg aku d lahirkan....haha!hari jadi dia lah...yang ke 21 tahun!oppsss...anda anda sudah tua yer....tapi perangai??mengalahkan anak dia....hehe


hope abang sentiasa sukses dalam apa saja....sentiasa sihat walafiat dan menjdi seorang anak,abg,bapa,kawan yang baik dan sentiasa menjadi contoh kepada semua!!
perh!sedih pula tiba2....ngeee
iya la tahun ni lambat sikit kot smbut birthday dia bcoz dia kat hostel....
tapi semalam ada juga kita org wish dia melalui phone!
pastu letak kat FB dia bagi dia semangat n happy....
last but not list stdy baik2 tau bagi bangga parents!!


inilah birthday boy nye with adik nye yg cantik lagi cute!
(sila muntah2)


p/s:mood tgh xstabil :( down sgt2 tapi ttap tersenyum :)


Wednesday, 13 July 2011

''MY SAKURA PINKY ROOM''

assalamualaikum.....!


hai....hai.....hai....!
hah...skrg korg akan bosan sebab aku dah kembali dgn perasaan hapy bercampur bangga disebabkan aku banyak masa nak tekan-tekan huruf2 ni semua ! 
wait ayat cam tunggang langgang kan....lantak la janji korg pham !

ok....entry kali ni pasti korg bosan coz aku nak crta pasal bilik baru aku....oiiiiiiii korang dgr tak aku jerit ni ''bilikkkkkkkkkk baruuuuuuuuuu akuuuuuuuuuuuuuu''haha...
yapp!aku dah pindah rmah dah....suasana pun dah lain dah...
lantak lah kan janji aku ada rumah!merepek lagi =.='

erm....xtau nak ckp apa lagi...
oyah!nak bgitau korg yg aku ngan abg aku yg cat bilik ni...
hah!smgat tu....
deko2 tu semua of coz la aku kan....

so!jom selongkarrrrrrrrrrr


















''MY SAKURA ROOM''

p/s:bilik nie baru 89% siap!banyak lagi nak ditambah2 untuk menampakkan kecantikkannya!!heeee....syok sendri kan!!

Tuesday, 12 July 2011

FACEBOOK A.K.A MUKA BUKU

assalamualaikum.....


selamat malam korang!
ada yang tak tidur lagi ke??
alah kompom la kan....
masing2 sibok dgn laptop dorg....
banyak sangat urusan seri paduka baginda tak siap lagi....heee
(perli diri sendri)

erm cuba tgk title entry nie....
alah...sapa tak tau baik xyah wujud zaman nie.!!bla ko dri dunia nie...(kejam nyer ayat)
ok...berbalik kepada title...

actually aku nak korg dgn lagu yang tengah famous di abad ni iaitu....

CINTA MUKA BUKU BY NAJWA LATIF !!!
yessss....seorg remaja yang berumur 16 tahun dah bole cipta lagu dan jadi retis tu....
hah....!you guys ptt bangga dgn kejayaan yg dia perolehi skrg ni bukan snang tau...

cool jer stail dia !! keep it up syg....

p/s:dgr2kan la lagu dia kat blog aku ni sambil usha2 dan selongkar blog CIK PRINCESZ ASHA !!!
      PEACE YOOOO....

ALHAMDULILAH BERSAMBUNG !

assalamualaikum....




wahhh!lama dah xupdate blog kan?!korg pa kabar erk??sihat ke??aku tau mesti korg rindu kat aku kan....haha!
hmmm...actually aku update blog ni sbb nak smbung entry yang dah lalu...sapa yg always follow blog aku ni mesti ko dapat tangkap....(lah dah mcm polis je main tangkap2 kan)!
blablabla.....banyak sgt merepek!!


okok...reason knp aku xupdate blog selama beberapa abad adalah disebabkan aku dan family PINDAH RUMAH siot....perh kepayahan dan ke''bz''an jgn crta la...kompom xnak igt balik!!!
perh!!ayat apa la yg aku guna nie....aku pun xpham!!
agak2 gila jga la masa bab2 nak kemas nak angkut nak susun....berhari2 bermggu2 jga...
penat tahap maksima wohhh....tapi xpe hasil dia sgt memuaskan!!actually aku nak masukkan pic kat entry nie tapi kemalasan masi menyelubungi diri jadi korg tggu la nti k....tggu kerajinan melanda pula....




p/s:bnyk nak crta sbb bnyk yg terjadi tapi masa amat menyemburui diri!!hehe :)

Tuesday, 21 June 2011

TIPS UNTUK NAMPAK CANTIK !

assalamualaikum....


halo...halo....
hari ini free jer so dgn hati yg senang dan gembira aku nak bagi tips kat korg!baik x aku??haha...xdalah saja jer nak bagi sbb tgh bosankan dan untuk tambah2 ilmu di dada yg tlh lama kosong ni...well,besa la budak dah xsekolah dah!!haha


okok...kita fokus skrg!!



Berikut warna-warna pilihan untuk make up Anda yang telah disesuaikan dengan warna kulit Anda;

Kulit Kuning Langsat

  • Alas bedak dan bedak tabur, pilihlah yang warnanya sama dengan warna kulit Anda. Jika Anda ingin terlihat lebih putih, gunakan yang warna nya lebih muda lagi.
  • Pewarna pipi pilihlah warna pink seperti baby pink.
  • Pewarna mata, Sebaiknya dipadankan dgn warna pada pewarna pipi.

Sawo Matang

  • Pilih alas bedak sbgai bedak dan bedak tabur yang warnanya sama dengan warna kulit.
  • Pewarna pipi, gunakan warna karamel yang akan menyegarkan wajah Anda.
  • Pewarna mata, Aplikasikan warna-warna yang menarik seperti warna coklat atau orange.
  • Lipstik, Pilihan warna pink atau coklat akan menambah daya penarik buat si pemakai.

Kulit Berwarna Coklat

  • Alas bedak, gunakan yang warnanya sesuai dengan warna kulit Anda. Jangan campurkan dengan alas bedak lain yang warnanya lebih muda.
  • Pewarna mata, Pilih yang berwarna muda seperti warna biru muda.
  • Pewarna pipi, Sesuaikan dengan pewarna mata.
  • Lipstik, Cukup gunakan lip gloss agar penampilan tetap terlihat ringan dan membuat bibir terlihat mempesona.

sekian terima kasih,ikhlas dri saya!haha


so,macam mana??dah baca dah??ok x??paham x??klu ada yg tak paham atau nak tanya sesuatu tanya je xpyah nak malu2 k....



                        
                     (camni cantik kan??)

p/s:semangat tahap melampau...!

Sunday, 19 June 2011

DESIGN BARU UNTUK BLOG AKU

assalamualaikum....


hey you....blog dah lain dah!


cool kan??hehe....rasa cm baru jer buat blog...like cm budak yg tak tahu selok belok blog...rasa baru nak berjinak2 dgn benda yg famous dikalangan anak2 remaja ni...pejam celik pejam celik dah berbulan2 da blog aku ni...cam baru jak semalam aku bt blog!mula2 dulu satu pun aku xtau...kerja aku asyik baca blog akak2 comel nie fatin liyana & irine nadia marcello ! hah....sesapa blogger yg xknl dorg ni aku rasa korg xlayak jdi blogger la...haha!(ayat kejam tul xpasal2 kena bantai)maaf2!!


erk!!!jappppp....opppssssss!dah lari dari tajuk....can u believe it!ko tgk dah speaking dah aku....
stop asha stop!!jgn merepek....alah ni mesti sbb budak nie meelo chinchau !! dia birthday hari ni tau...umur dah mencecah 22 tahun!dah tua dah ko umar....apa pun aku ucapkan SELAMAT HARI JADI!SEMOGA PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN REZKI....CEPAT2 CARI PASANGAN!haha....merepek lagi....


hah!tgk da lariiii jauhhhhhhhhh dah dari tajuk....dah2 aku rasa baik aku berhenti menaip sebelum keluar semua fakta2 karut!!!




p/s:sedang ketawa sorang2 !! jgn tnya knp sbb aku pun xtau....

Saturday, 18 June 2011

SELAMAT HARI BAPA PAPA !

assalamualaikum...

  
selamat hari bapa papa !! 

terima kasih PA atas segalanya....!
terlalu banyak pengorbanan yang PA lakukan untuk kami...
tiada yang dapat membalasnya biar berjuta tahun,biar bergunung duit tetap tidak dapat kami balas!
PA asha mohon maaf dan ampun atas segala kesilapan dan kesalahan yg asha dan abang2 lakukan...
PA seorang bapa yang baik,penyayang dan prihatin!
asha tahu setiap tindakan dan keputusan yg PA buat semuanya atas kebaikan kami bertiga....
asha beruntung kerana mempunyai bapa seperti PA!
banyak yang telah PA lakukan agar kami gembira...
PA akan berusaha untuk menyediakan yang terbaik untuk kami!

MASIR BACHO!!!

nama kepada orang yang menjadi ketua keluarga dan sanggup melakukan apa sahaja demi keluarganya!!!

TERIMA KASIH PAPA....
JASAMU SENTIASA DIKENANG HINGGA AKHIR ZAMAN :-)








p/s:suasana pilu !