kejar cita-cita hingga ke awan yang paling tinggi,biar terkena awan yang paling rendah...!

Thursday, 19 May 2011

SEKALI LAGI KEBINGUNGAN MELANDA DIRI

assalamualaikum pembaca blogku !

korang semua apa kabar??sihat x??aku sihat alhamdulilah...
erm,sunyi rasanya sebab segelintir member dah sambung stdy...ada yg masuk form6,IPTA tidak kurang jga yg masuk IPTS...aku pula kat mana??belum ada kata putus dri hati kecil aku...bunyi seperti aku jeleskan...iya mmg aku jeles sbb dorg dah nak capai cita2 dorg tapi aku..entahlah...
bukan aku xpunya cita2 tapi kepastian itu belum ada...kepastian di mana aku nak meneruskan cita2 aku nie yang aku belum putuskan...banyak tawaran yg aku dpt tapi macam2 halang...
kita ketepikanlah tawaran dekat KL dan SARAWAK!!(sbb kompom bapa aku xbagi punya)

kita crita pasal tawaran di sabah ok...
tawaran kat sni bukan satu dua je...tapi dah nak dkt 5-7 tawaran...
antaranya MAHSA , MASTERSKILL , COSMOPOINT , KIST , INTI , ASEANA 
dan blablabla sewaktu dgnnya!!
banyakkan...bukan aku tak bersyukur tapi aku bingung sebab setiap kolej ni ada keistimewaannya...
itu yang buat aku bingung...tak tau mana yang paling baik!
huhu...tak palah just doakan aku k...

di mana ada kemahuan di situ ada jalan!!



p/s:entry ini hanyalah luahan hati si penulis...xda ada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang mati





Sunday, 15 May 2011

SELAMAT HARI GURU KEPADA GURU2 DI SMK SANZAC

Peliharakan Kaki Semasa Berjalan,
Peliharakan Lidah Semasa Berkata;
Sabda Nabi Dijadikan Panduan,
Tuntutlah Ilmu Hingga Ke China.

Belayar Bernakhoda,
Berjalan Dengan Yang Tahu;
Ketika Ilmu Ditimba,
Biarlah Kita Berguru.

Teratai Melati Melur Dan Mawar,
Bunga-Bungaan Harum Dan Wangi;
Guru Laksana Pelita Pelajar,
Penyuluh Kegelapan Penerang Hati.

Di Mana Ada Kemahuan,
Di Situ Ada Jalan;
Jasamu Guru Tak Akan Dilupakan, 
Budimu Guru Sentiasa Dalam Ingatan.

entry kali ni khas buat cikgu2 di SMK SANZAC.
sekolah yg banyak meninggalkan kenangan buat aku..
sekolah yg banyak mengajar aku..
sekolah yg mendidik aku sehingga dewasa...
terima kasih buat cikgu2 yg telah banyak menabur ilmu dan jasa kepadaku dan semua teman2ku..



  (guru2 SMK SANZAC-gambar telah dicuri dri album cikgu norlyziah...ni baru 1/4)



(cikgu fadzil-orang kuat subjek sains sukan)

 (pengetua SMK SANZAC)

 (barisan guru2 sanzac)

KAMI PELAJAR 5 SAINS SUKAN 2010 MENGUCAPKAN SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU DI SMK SANZAC DAN DI SELURUH MALAYSIA!!!
TERIMA KASIH CIKGU....


p/s:harap maaf diatas gambar2 yg telah dirompak,dicuri dan tdk diminta kebenaran...kepada guru2 yg tidk gmbr mereka diatas saya memohon maaf !!

Saturday, 14 May 2011

ENAKNYA COKLAT !

assalamualaikum guys!
hari ni asha nak membebel pasal C.O.K.L.A.T....
bila kita sebut je pasal coklat automatik liur kita akan terkeluar!
apa tidaknya coklat nikan sedap hgga sanggup menjilat jari jemari yg coml loteh....
agak pelik kan...jom kita tgk apa kebaikan coklat yg kita makan!

 Coklat selama ini dianggap sebagai makanan junk yang tidak mempunyai nilai pemakanan malah boleh memudaratkan kesihatan badan. Oleh yang demikian, kajian-kajian telah dijalankan bagi mendapatkan fakta sebenar. Hasil daripada kajian-kajian tersebut telah membukitkan beberapa kenyataan berkaitan kebaikan dan khasiat coklat.

Coklat bukan sahaja sejenis makanan yang berkhasiat tetapi juga menyumbang kepada pemakanan yang seimbang berdasarkan kepada asas pemakanan berikut:-
  • Lemak merupakan 35% pengambilan tenaga secara purata
  • Protein kira-kira 15% daripada pengambilan tenaga
  • Karbohidrat kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga
Maka coklat boleh menyumbangkan:-
  • 15% Lemak
  • 6% Protein
  • 17% Karbohidrat
  • 15% Tenaga
  • ++ Vitamin dan Mineral yang diperlukan 
Lemak koko dalam coklat mengandungi 38.2% asid oleik iaitu sejenis asid lemak tidak tepu yang berperanan merendahkan paras kolesterol di dalam darah.
Sementara asid sterik iaitu asid lemak tepu yang terkandung di dalam lemak koko pula mempunyai kesan neutral terhadap paras kolesterol.

        Melalui kajian  yang dijalankan didapati bahawa coklat mengandungi bahan anti-kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalik.
Tannin ialah sejenis bahan yang menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak dan asid di dalam mulut. Asid yang terhasil daripada proses pemecahan makanan oleh bakteria merupakan punca kerosakan gigi. Plak adalah sisa-sisa makanan yang melekat pada gigi akibat tindakan bakteria.
Kasein di dalam coklat susu pula bertindak mengurangkan kerosakan gigi dengan menghalang pertumbuhan plak dan seterusnya mengurangkan pengeluaran asid.
Kasein juga membantu dalam pertumbuhan gigi.
Asid oksalik merencatkan pengeluaran enzim bakteria dan seterusnya menghalang pengeluaran asid.


Lemak kok yang merupakan bahan asas di dalam coklat mempunyai ciri-ciri kecairan yang membolehkan ia mudah cair di dalam mulut. Pertumbuhan plak gigi terhalang kerana coklat tidak tersimpan lama di dalam mulut.
 
Coklat dan serbuk koko mengandungi phenol sejenis bahan kimia yang membantu mengurangkan risiko sakit jantung. Phenol bertindank dengan menghalang lemak seperti zat di dalam aliran darah daripada teroksida dan menyumbat arteri.
 
Coklat mengandungi nilai tenaga yang tinggi dalam bentuk mudah dan padat. Oleh itu, ia amat sesuai dijadikan makanan gantian semasa menjalankan aktiviti luar seperti mengembara, mengikuti ekspedisi pendakian, bersukan serta aktiviti-aktiviti rekreasi yang lain. Coklat merupakan bekalan makanan mudah yang boleh dimakan bila-bila masa dan di mana jua.
 
Sejumlah besar koko yang dinikmati dalam bentuk coklat, lazat rasanya dan mengandungi kebaikan semula jadi. Secara perbandingan, sekeping coklat susu mengandungi lebih kandungan protein berbanding dengan sebiji pisang, sebatang lobak merah, sebiji oren, sebiji epal atau sejumlah kismis dengan berat yang sama. Kajian telah membukitkan bahawa coklat mengandungi khasiat makanan yang seimbang.
 
 
 -terima kasih kepada ENCIK GOOGLE -






-terima kasih kepada ENCIK SABRI-
giler tul benda ni...makan sampai xingt dunia...

-terima kasih kepada PAPA(ENCIK MASIR)-
sedap sgt sampai nak lagi...


Sumber: Chocolate: Facts On Health and Nutrition For Educators dan Health Professionals, Chocolate Manufacturers Association of the U.S.A.

Wednesday, 11 May 2011

IQ'RA COMPANY-QURAN PEN READER WITH HOLY QURAN

assalamualaikum semua....
hari ni asha nak crta satu benda kat korang.
 korang tau x apa tu ''quran pen reader with holy quran''??
 hah....kat sini ada penerangannya!
BACA JANGAN XBACA


This Holy Quran that comes with the Quran Readpen is printed in beautiful Uthmanic fonts and the pages are layered with invisible coded grids. The Pen Reader optically detects each unique code on the grid and will read the corresponding verse or Ayat in beautiful digital sound. When the Readpen is pointed at the beginning title of each chapter or Surah, it will read the whole corresponding chapter. This provides a very convenient way to learn, memorise and recite the Quran, all in just 3 easy steps – point, listen and recite.

The sound comes through the built-in speaker of the pen, and earphones can be plugged in for a more concentrated and private listening. Recitation of the whole Quran is stored inside the memory chip of the pen, in digital format.

With the Al Quran Pen Reader, there are no computers required and children and adults can conveniently recite anywhere, at any time.

“With this new breakthrough technology, the learning process is accelerated!”

1. a complete and well painted holy quran book.
2. a terrific pen with build-in speaker & build-in lithium battery
3. read the quran text by touching the paper
4. read sentence by touching the sentence
5. read the whole sura by touching the sura title
6. repeat by touching again
7. clear and loud voice
8.smart design
9. MP3 function,can download and play audio documents
10.especially suitable for quran learning 



(nie lah benda tu)
best x??bestkan....apalagi belilah...
harganya cuma RM380.00


kalau korang berminat blh e-mail saya
princeszsf@yahoo.com



Friday, 6 May 2011

SELAMAT HARI IBU MAMA !



Ibu..
Di saat ku melihat dunia,
Kau tersenyum menangis gembirra,
Tatkala ku dibesarkan,
kau berikan segunung kasih sayang,
Selaut belaian..


Ibu..
Akan ku gapai kejayaan biarpun tanah tak ku pijak,
Akan ku cari kejayaan untuk kau ibu,
Itu lah yang mampu membuatkan kau tersenyum gembira melihat ku,
Akan ku jadikan bunga-bunga di taman,
tempat lebah mencari madu,
Agar madu yang manis membuatkan hidupmu lebih bererti..


Ibu..
Pengorbananmu akan ku balas,
Pengajaranmu sentiasa jadi pegangan,
Biarpun ombak merobek dunia,
Kau tetap ibuku yang satu.
 
 
maafkan asha mama kalau asha banyak buat mama susah hati...asha selalu buat mama marah...asha tahu asha bukan anak yang terbaik tapi asha akan cuba jadi yang terbaik dan buat mama bangga...asha minta maaf atas segala kesilapan yang pernah asha buat....mama asha sayang mama...mama adalah mama yang terbaik dan satu2nya di hati asha...

SAYANG MAMA SANGAT2!


Thursday, 5 May 2011

HIDUP LAGI LAH !

assalamualaikum guys !!!

agak berkurun jga aku xupdate blog ni kan??!huhu...giler tul aku rindu jg nak taip2 nak tekan2 huruf2 segala nie tapi disebabkan ada masalah teknikal aku xdapat la nak membebel2 nie...huhu sedih la konon(xda makna pun)...WHATEVER bak kata mak aku!!

dah2 agak merepek di situ ya !
i'm back....i'm back ! hahaha... ok kita nak mula dri mana ya??macam2 aku nak crta nie tpi aku bingung pula nak mula dri mana!
kita mula dri hujung la k...1,2,3 lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...(eh2,salah)
ok2 serius2...!ehmmmmmmm....OYAH ! ARITU MY LOVE DTG ! YIPPPIIIEEE......
 
sayang dia sangat2 tau ! sumpah xtipu...
 
 
 
tadaaaaaaaaaaa nie lah my sayang nama dia IQMAL SYAFIE !!
anak buah aku la...
huhu...agak sedih sebab dia dtg kejap jer!
ok2 stop crita pasal dia nti aku sedih...


baik korang tengok wajah aku yg suci nie haha...

comel kan ?? haha
 muntah jangan xmuntah !
oyah...aritu kitaorang budak2 ex-SAINS SUKAN buat reunion tau tapi malang sekali kamera kesayangan aku telah diculik ke Bintulu!sedih kan sbb xda gambar...xpe2 next time aku akan pastikan blog nie penuh dgn gambar2 kami (budak2 kiut sedunia)!!best gila ooo dtg tatap wajah2 dorg semua...dapat crta2 mcm2 lah !
 
k.lah setakat nie je aku dapat berceloteh coz aku kekurangan idea skrg nie...agak bosankan crta aku !alah tak kesah pun...haha...bubye2!!!muahhhhhhhhh3

  

Tuesday, 12 April 2011

KINI TINGGAL KENANGAN !!

assalamualaikum guys...
rasa lain dri yang lain lah hari ni!rasa seperti xda smgt untuk aku menjalaninya...knp r??mgkin sbb cuaca yang mendung kot...so mood aku pun ''mendung'' jga!ye ke tu??merepek xtentu pasal...agak boring yer!!

actually ari ni aku nak kongsi lagu (sekali gus video) yang aku suka...
hehe...kira nak berjiwang2 lah sekejap!blh kan xslh kan?lagipun ni kan blog aku so suka hati aku lah!!


 jom kita santai2 sambil menghayati lagu2 kat bawa nie~











bestkan??actually banyak lgi tpi xkan lah aku nak letak semua...lagu2 kat atas ni bnyk bgi aku kenangan tau!cm LAGU TINGGAL KENANGAN tu...hehe!ok lah kang ada yang nangis meraung2....bubye guys!