kejar cita-cita hingga ke awan yang paling tinggi,biar terkena awan yang paling rendah...!

Wednesday, 27 June 2012

Sem Baru Menjelma Lagi

Assalamualaikum....

perh ! setelah sekian lamanya baru sekarang ada masa nak buka blog dan buat entry baru...busy u olls hehe...oyah ! nak bagitahu korang semua yang aku dah SEM 2 dah sekarang ni...macam tak percayakan! SEM 2 ni memang memenatkan , 7 subjek kena study tau...bukan senang nak belajar MEDICAL ni...buat otak jadi gila siot! nak kena hafal benda2 yang super duper awesome pasal badan manusia..pastu dalam bahasa english lagi ...hah...ambik ko bila nak exam sampai pukul 1-2 pagi baru tidor pastu kena bangun subuh2 agar perkataan2 itu masuk dengan lancarnya...

Dipendekkan cerita bila sambung study ni kena la kuat akal fikiran agar pelajaran masuk ke dalam sel2 otak...huhu 3 tahun ''bergaduh'' dengan ayat2 saintifik amatlah membebankan kepala otak ( bukan kepala patella) patella = lutut...hah ! dah termasuk subjek Anatomy...hehe

Stop story pasal study !!
Dalam beberapa minggu lagi dah nak puasa...time tu lah kena muhasabah diri dan membina jati diri yang kuat..doakan Semester ni aku lulus dengan cemerlang okey ?!

p/s : nasib baik test 1 Kinesiologi tadi tak jadi...boleh lah menambah ilmu didada lagi =)
bubyeeee....salam 1 Malaysia warga blog !

Thursday, 15 March 2012

HIDUP OH HIDUP !

assalamualaikum !

hidup oh hidupppppppp....! ( baca dalam nada teriak okey ? ) hehe
omg ! bulan ni sangat2 memenatkan . otak dikerah dengan agak ''kasar'' . sakit kepala , sakit badan sehinggakan blog ni terbiar dan menyebabkan ia sedih tahap maksima ! blog aku pun ada perasaan tahu . huhu

bulan ini aku sangat busy dengan study . semester 1 yang sangat menyeramkan dengan subjek yang mencabar otak dan minda aku . ada subjek yang pertama kali aku belajar tau . as i mention at my past entry . paling menang subjek PHYSICS , ANATOMY & APPLIED ANATOMY . banyak sangat nak kena hafal . tapi aku bersyukur sangat sebab lecturer for anatomy & applied anatomy dah tukar dari indian to malay lecturer so senang sikit nak faham dan nak tanya soalan . hari2 kami kena hafal pasal tulang , muscle , joints dan segala macam benda yang berkaitan dengan badan manusia . huhu tu lah semangat sangat nak ambil course physiotherapy kan . hehe ( bukan maksud menyesal cuma tercabar sikit iman di dada ) . harap2 aku dapat pass sem 1 ni . sem yg sgt panjang ! huhu . okey stop story about study . hal dalam biarkan tersimpan kukuh di sanubari . hehe malas nak mention kat sini bahawasanya aku ada problem lain selain study ! zippppppppp .

jom story pasal aktivity aku minggu lalu - AHAD ( ohsemmmm day ! thanks for mama & papa sebab meluangkan waktu bersama anakmu ini dan member ( CASEY ) . ciuman di pipi kanan dan kiri )


                                                                (comel tak ? hehe )

okey ! anda semua tak perlu nak terbalikkan lappy kesayangan anda atau kata : eh ! mata aku ker salah tengok ni ? sebab memang rumah tu TERBALIK . sekali lagi aku cakap RUMAH tu TERBALIK ! hehe
nice kan unik sangat . kalau nak tahu lebih lanjut boleh lah meluangkan masa korang bersama family , boyfriend or kawan2 kat sana . xrugi tahu ! suka sgt dengan keunikan rumah ni . okey malas nak taip banyak2 nanti korang malas baca . boleh lah tgk2 gambar kat FB aku k hehe . selamat terhibur ! bubyeeee...jumpa lgi di entry akan datang ! peace sayang .

Saturday, 3 March 2012

MEDICAL STUDENT : PHYSIOTHERAPY


hello MARCH ! assalamualaikum....











                                     semakin busy dengan study ! first sem. yang menyeramkan...
ANATOMY,APPLIED ANATOMY,PHYSICS,COMMUNICATIVE ENG,BEHAVIORAL SCIENCE,PHYSIOLOGY ! menjadi lauk - pauk seharian =.=''

Sunday, 22 January 2012

HAPPY CHINESE NEW YEAR !

assalamualaikum !


happy chinese new year guys especially kepada kawan2 yang berbangsa cina :) !

perh...semalam kawasan tempat tinggal aku ni macam jadi tempat berperang jer...apa tak ! semua pun excited main bunga api...smpai pukul satu juga ! tapi best lar jga... 1 MALAYSIA kan :D bangga jadi rakyat Malaysia macam2 perayaan ada !

okey ! actually tujuan aku nak update blog ni bukan jer nak ucapkan HCNY kepada org cina tapi nak bagitahu korang apa kebaikan BUAH LIMAU ! yesss dear...L.I.M.A.U ! buah yg wajib ada tiap kali menjelangnya perayaan tahun baru cina...sedap kan buah ni ! mesti korang pun tengah melantak buah ni kan...macam aku lar dpt idea nak update blog pun masa tgh makan limau...okey2 tanpa membuang masa jom kita sama2 mengetahui kebaikan dan khasiat buah ni....

 KHASIAT BUAH LIMAU

---> Vitamin C terdapat pada pati buah, isi dan kulit. Sebanyak ¼ bahagian daripada kandungan keseluruhan vitamin C pada buah limau terdapat di dalam pati buahnya. Provitamin A (beta karoten) yang membentuk Vitamin A banyak terdapat di dalam kulit dan pati buah limau.

Vitamin C berperanan dalam proses penyerapan zat besi bukan organic (zat besi dan makanan bukan dari sumber haiwan) sehingga dapat mencegah dan membantu penyembuhan anemia.

Vitamin C juga memilih kemampuan sebagai antioksidan, yang dapat membantu mencegah kerosakan sel akibat daripada aktiviti molekul radikal bebas di dalam tubuh. Radikal bebas ini diketahui memberi impak yang buruk pada kesihatan seperti kanser, kardiovaskular dan katarak.

Hasil kajian terbaru menunjukkan bahawa pengambilan vitamin C yang tinggi dari makanan, termasuk daripada buah limau dapat mencegah kenaikan kadar LDL di dalam darah. Kandungan LDL yang tinggi di dalam darah menjadi faktor utama berkembangnya penyakit jantung.

Beberapa kajian epideminologi telah pun menunjukkan hubungan antara pengambilan vitamin C dengan risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular. Vitamin C di dalam buah-buahan termasuk buah limau, secara ilmiah telah terbukti mampu melindungi tubuh terhadap serangan kanser.

Hasil Kajian epidemiologi menunjukkan bahawa pengambilan buah-buahan (antaranya buah limau) dan sayuran yang tinggi, memiliki kesan perlindungan terhadap kanser yang lebih baik berbanding dengan pengambilan vitamin C dalam bentuk suplemen mahupun tablet.

Disebabkan lensa mata memainkan peranan penting pada pembentukan penyakit katarak, peranan antioksidan (termasuk vitamin C) menjadi penting. Hasil kajian juga telah membuktikan bahawa individu yang mempunyai kandungan vitamin C dan karotenoid yang tinggi di dalam darah mempunyai risiko yang rendah untuk terkena penyakit katarak.
Limau, sebagai sumber vitamin C juga memberikan kesan pencegahan dan penyembuhan terhadap penyakit seperti pereputan tulang (osteoporosis), batu karang , gangguan fungsi kognitif dan asma.

Selain sebagai sumber vitamin C, buah limau juga merupakan sumber asid folat yang berpotensi. Sebiji buah limau dapat memenuhi 20 peratus daripada keperluan asid folat setiap hari. Kadar pengambilan makanan dengan kandungan asid folat yang tinggi seperti buah limau segar atau dalam bentuk jus, akan meningkatkan kadar asid folat.

Peningkatan kadar asid folat akan menurunkan kadar homosistein, yang merupakan racun bagi dinding pembuluh darah. Dengan menurunnya kadar homosistein, risiko penyakit kardiovaskular juga berkurang.

Komposisi gizi di dalam buah limau manis ialah: tenaga 45 kkal, protein 0.9 g, lemak 0.2 g, karbohidrat 11.2 g, fosfor 23 mg, kalsium 33 mg, zat besi 0.4 mg, vitamin A 190 IU, vitamin B1 0.08 mg, vitamin C 49 mg, serta air 87.2 g (per 100 gram buah limau).

Karbohidrat di dalam buah limau merupakan karbohidrat sederhana, iaitu fruktosa, glukosa dan sukrosa. Kandungan gula di dalam buah ini semakin bertambah apabila buahnya semakin tua, tetapi kandungan asamnya pula semakin berkurang. Buah yang mendapat sinar matahari secara terus akan mengandungi gula lebih banyak, termasuk vitamin C yang banyak juga.

Jadi, berbanding mengambil vitamin C dalam bentuk tablet, lebih baik amalkan memakan buah limau yang sememangnya kaya dengan kandungan vitamin C dan khasiat-khasiat lain yang baik untuk kesihatan tubuh badan.

see guys ! banyakan khasiat buah LIMAU nie...so apa tunggu lagi cepat2 pergi dapatkan buah nie untuk kesihatan diri...

Saturday, 7 January 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012

assalamualaikum...


hellooooo 2012 byebye 2011...perh!pejam celik pejam celik dah 2012 dah...cepat betul masa berlalu kan...xsedar umur aku pun dah 19 tahun...can you believe that??!haha...aku pun sgtsgt tak percaya...ok!itu menandakan aku harus dan semestinya berperangai matang!!huhu...oh ya...masa tahun baru hari tu aku kat TAWAU...my hometown!!yessss...mmg sgtsgt best yer...jgn jeles!adakah jga ya jeles??lantak..

ok aktiviti kitaorg masa tu--> pagi :call member ! ajak jalanjalan pegi bandar... kira ''ladies day'' lah hari tu...kitaorg pegi bertiga dgn cousin aku sekali...mula2 makan kat Tendah Biru sapa org TAWAU mesti tahu tempat ni..sedap siot makan kat sana...after that,kitaorg mula lar round2 bandar kluar masuk semua kdai...heee jgn ckp la kaki mmg ''kuat''...smpai jam5 lebih!!
                                   --> malam : aktiviti wajib dilakukan setiap kali tahun baru iaitu BBQ!!yippiiii...syok abis tau...masa tu jga aku dan cousin aku first time membakar chicken wing,ikan n jagung!!kesiankan...haha first time tu...tapi kami telah melakukan kerja dgn baik sekali...semua masak secukupnya tau!!say congratz 4 my self...haha...malam tu mmg kenyang tahap dewa sbb mcm2 makanan dihidangkan...antaranya mee goreng,bubur durian,salad sayur and mcm2 lagi...oh ya...ada kek jga sbb cousin aku smbut befday dia sekali...2 biji kek dorg beli!!sgtsgt tamak haha...tpi berbaloi2 lar...dah habis melantak makan kitaorg kluar pegi tgk ''bunga api''...2 kereta gerak mencari lokasi yg strategik...ok aku sgtsgt enjoy masa tu...jgn crta lah tahap kebahagian kitaorg...haha...

selama 1 minggu bercuti di TAWAU rasa cm tak cukup jer...iya la bila dah jmpa dgn cousin2 yg ''giler'' msti la bestkan..huhu tiba2 rindu kat dorg..xpe raya nti insyaallah balik lgi :D sekarang ni aku tgh cuti sem bosan jga lar sebab xda aktiviti yg menarik nak dilakukan tpi nak buat cmna kan sabar jer la...ok lah rasanya dah cukup panjang entry aku ni nti ada pula yg bosan kan...heee aku tahu aku dah lama gila xupdate blog maklum la org busy bercuti heee...ok sehingga berjumpa lagi di entry akan datang...byebye muahhhhhhh ! smile always dude...

Tuesday, 13 December 2011

MANUSIA OH MANUSIA

assalamualaikum.....


manusia?!

memang sukar untuk dipahami dan dimengerti...macam2 ragam macam2 kerenah dan macam2 lagi...hari ini aku nak cerita sikit pasal kerenah seorang member ni...seperti yang sedia korang ketahui aku sekarang duduk hostel so suasana pun dah lain dan kena matang...mula-mula housemate aku mmg ''best sgsgt'' tapi hari berganti hari bulan berganti bulan semua dah tunjuk gaya sebenar...tapi normal lah kan bila kita jadi diri kita sendiri di hadapan member...tapi yang seorang ni agak2 lain kadang2 buat hati jadi panas dgn perangai dia...rasa nak ''lekatkan'' dia kat dinding jer...nasib tahap kesabaran kami tinggi klu x dah lama dah gaduh...mungkin entry kali ni agak berlainan dari sebelumnya iya lah aku kan selalu post cerita2 yang ''happy'' jer tapi kali ni aku post entry pasal ''unhappy'' story maaf lah klu ada pembaca yang rasa xsuka atau bosan aku paham tapi bukan bermaksud nak memburukkan member sendiri cuma dah tak tahan dgn perangai dia...aku rasa lebih baik aku tulis kat blog dari aku terus serang dia kan...sekarang ni aku cuba nak tenangkan hati dan kosongkan fikiran yang tengah serabut sgtsgt ni...nak luahankan kat member lain tapi tetap xboleh itulah aku...

aku dah cuba dah tanya dia apa masalah dia sebenarnya tapi dia cuma cakap biarlah aku pendam!!!see amat menjengkelkan...apa guna member kalau xnak cerita??bukan nak sibuk hal dia tapi bila dia ada masalah dia xkan peduli ko dan buat ko cam patung...!hah...ada ke yang tahan klu kena buat camtu??!!ishhhh....makin panas aku rasa klu ingat balik gaya dia tu...huhuhu

dah lah...rasa dah ringan sikit dah otak ni bila dapat luahankan kat blog...anggap jelah mmg camni kehidupan dan kita sebagai seorang manusia pasti akan melaluinya...peristiwa ni membuatkan aku lebih matang dalam bergaul...!harap2 aku dapat bertahan selama 3 tahun...3 TAHUN??!alah xlama tu pejam celik pejam celik dah habis...kan3?iya kan saja lah...haha

p/s:tengah ''layan'' meggi + susu...hehe...pasni pasti ada entry yang lebih gempak!!hehe...soal hati ke hati...nak tahu??pastikan anda setia membaca blog ini  ^____^



Monday, 5 December 2011

:: KEKASIH HATIKU DI MASTERSKILL ::

assalamualaikum !

 
halo DECEMBER !! heee...okok aku tahu aku dah lama gila xupdate blog ! opsss...maklum lah budak kolej busy memanjang jer...haha ! busy ke malas cik adik oi...alah sama je tu...erm...nak story mory sal apa erk?banyak sangat story smpai bingung tahap dewa !!heee...ish..ni lah aku ni bila dah menaip asyik merepek je...(sekali lagi menggunakan ayat tunggang langgang nasib cikgu BM aku tak tahu kewujudan blog ni) =.=''.....

ok fine... xpayah nak pening kepala lah sangat...kita direct pegi tajuk entry ni ! hah...apa tu KEKASIH HATIKU DI MASTERSKILL??! tetttttttt....hehe uish jgn la pikir lain2 pula...biarlah rahsia (dah mula dah nak merepek nak kena pelempang kot hehe)...
actually aku nak korang kenal member2 aku kat MASTERSKILL nie mana lah tahu ada yang korang berkenan ke kan...hehe promote2 !! ok lah tak nak melalut tak tentu pasal...

let's check this out bebeh :D

kita start dari kiri : CASSEY,ME (ASHA),WANIE and JEN
hah...ni lah geng karas aku...kita org satu umah,satu kos and yang paling best satu kepala bebeh :D

 guys ni lah antara member2 aku...suma pun sot2 jga hehe tapi best la kawan dengan dorg rasa cam dah lama giler aku knal dorang ni!
(abaikan bas kat belakang tu....kalau nak tahu tu lah bas yang ulang alik hantar kitaorang ke kolej...ada banyak sehingga tak terkira!kadang2 sampai ketinggalan bas lagi haha =.='')


ok lah guys setakat tu je lah yer kang klu aku letak semua ada yang meluat pula hehe...klu nak tgk boleh lah ke FB aku...jangan segan silu!

p/s:actually esok aku ada test maths tapi xpe blog didahulukan study dibiarkan sebentar hehe entahlah pepatah dari mana aku dapat :D santai2 aja deh...yakin je boleh!!
LIFE MUST GO ON...THINK POSIVITE !!!