kejar cita-cita hingga ke awan yang paling tinggi,biar terkena awan yang paling rendah...!

Sunday 22 January 2012

HAPPY CHINESE NEW YEAR !

assalamualaikum !


happy chinese new year guys especially kepada kawan2 yang berbangsa cina :) !

perh...semalam kawasan tempat tinggal aku ni macam jadi tempat berperang jer...apa tak ! semua pun excited main bunga api...smpai pukul satu juga ! tapi best lar jga... 1 MALAYSIA kan :D bangga jadi rakyat Malaysia macam2 perayaan ada !

okey ! actually tujuan aku nak update blog ni bukan jer nak ucapkan HCNY kepada org cina tapi nak bagitahu korang apa kebaikan BUAH LIMAU ! yesss dear...L.I.M.A.U ! buah yg wajib ada tiap kali menjelangnya perayaan tahun baru cina...sedap kan buah ni ! mesti korang pun tengah melantak buah ni kan...macam aku lar dpt idea nak update blog pun masa tgh makan limau...okey2 tanpa membuang masa jom kita sama2 mengetahui kebaikan dan khasiat buah ni....

 KHASIAT BUAH LIMAU

---> Vitamin C terdapat pada pati buah, isi dan kulit. Sebanyak ¼ bahagian daripada kandungan keseluruhan vitamin C pada buah limau terdapat di dalam pati buahnya. Provitamin A (beta karoten) yang membentuk Vitamin A banyak terdapat di dalam kulit dan pati buah limau.

Vitamin C berperanan dalam proses penyerapan zat besi bukan organic (zat besi dan makanan bukan dari sumber haiwan) sehingga dapat mencegah dan membantu penyembuhan anemia.

Vitamin C juga memilih kemampuan sebagai antioksidan, yang dapat membantu mencegah kerosakan sel akibat daripada aktiviti molekul radikal bebas di dalam tubuh. Radikal bebas ini diketahui memberi impak yang buruk pada kesihatan seperti kanser, kardiovaskular dan katarak.

Hasil kajian terbaru menunjukkan bahawa pengambilan vitamin C yang tinggi dari makanan, termasuk daripada buah limau dapat mencegah kenaikan kadar LDL di dalam darah. Kandungan LDL yang tinggi di dalam darah menjadi faktor utama berkembangnya penyakit jantung.

Beberapa kajian epideminologi telah pun menunjukkan hubungan antara pengambilan vitamin C dengan risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular. Vitamin C di dalam buah-buahan termasuk buah limau, secara ilmiah telah terbukti mampu melindungi tubuh terhadap serangan kanser.

Hasil Kajian epidemiologi menunjukkan bahawa pengambilan buah-buahan (antaranya buah limau) dan sayuran yang tinggi, memiliki kesan perlindungan terhadap kanser yang lebih baik berbanding dengan pengambilan vitamin C dalam bentuk suplemen mahupun tablet.

Disebabkan lensa mata memainkan peranan penting pada pembentukan penyakit katarak, peranan antioksidan (termasuk vitamin C) menjadi penting. Hasil kajian juga telah membuktikan bahawa individu yang mempunyai kandungan vitamin C dan karotenoid yang tinggi di dalam darah mempunyai risiko yang rendah untuk terkena penyakit katarak.
Limau, sebagai sumber vitamin C juga memberikan kesan pencegahan dan penyembuhan terhadap penyakit seperti pereputan tulang (osteoporosis), batu karang , gangguan fungsi kognitif dan asma.

Selain sebagai sumber vitamin C, buah limau juga merupakan sumber asid folat yang berpotensi. Sebiji buah limau dapat memenuhi 20 peratus daripada keperluan asid folat setiap hari. Kadar pengambilan makanan dengan kandungan asid folat yang tinggi seperti buah limau segar atau dalam bentuk jus, akan meningkatkan kadar asid folat.

Peningkatan kadar asid folat akan menurunkan kadar homosistein, yang merupakan racun bagi dinding pembuluh darah. Dengan menurunnya kadar homosistein, risiko penyakit kardiovaskular juga berkurang.

Komposisi gizi di dalam buah limau manis ialah: tenaga 45 kkal, protein 0.9 g, lemak 0.2 g, karbohidrat 11.2 g, fosfor 23 mg, kalsium 33 mg, zat besi 0.4 mg, vitamin A 190 IU, vitamin B1 0.08 mg, vitamin C 49 mg, serta air 87.2 g (per 100 gram buah limau).

Karbohidrat di dalam buah limau merupakan karbohidrat sederhana, iaitu fruktosa, glukosa dan sukrosa. Kandungan gula di dalam buah ini semakin bertambah apabila buahnya semakin tua, tetapi kandungan asamnya pula semakin berkurang. Buah yang mendapat sinar matahari secara terus akan mengandungi gula lebih banyak, termasuk vitamin C yang banyak juga.

Jadi, berbanding mengambil vitamin C dalam bentuk tablet, lebih baik amalkan memakan buah limau yang sememangnya kaya dengan kandungan vitamin C dan khasiat-khasiat lain yang baik untuk kesihatan tubuh badan.

see guys ! banyakan khasiat buah LIMAU nie...so apa tunggu lagi cepat2 pergi dapatkan buah nie untuk kesihatan diri...

Saturday 7 January 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012

assalamualaikum...


hellooooo 2012 byebye 2011...perh!pejam celik pejam celik dah 2012 dah...cepat betul masa berlalu kan...xsedar umur aku pun dah 19 tahun...can you believe that??!haha...aku pun sgtsgt tak percaya...ok!itu menandakan aku harus dan semestinya berperangai matang!!huhu...oh ya...masa tahun baru hari tu aku kat TAWAU...my hometown!!yessss...mmg sgtsgt best yer...jgn jeles!adakah jga ya jeles??lantak..

ok aktiviti kitaorg masa tu--> pagi :call member ! ajak jalanjalan pegi bandar... kira ''ladies day'' lah hari tu...kitaorg pegi bertiga dgn cousin aku sekali...mula2 makan kat Tendah Biru sapa org TAWAU mesti tahu tempat ni..sedap siot makan kat sana...after that,kitaorg mula lar round2 bandar kluar masuk semua kdai...heee jgn ckp la kaki mmg ''kuat''...smpai jam5 lebih!!
                                   --> malam : aktiviti wajib dilakukan setiap kali tahun baru iaitu BBQ!!yippiiii...syok abis tau...masa tu jga aku dan cousin aku first time membakar chicken wing,ikan n jagung!!kesiankan...haha first time tu...tapi kami telah melakukan kerja dgn baik sekali...semua masak secukupnya tau!!say congratz 4 my self...haha...malam tu mmg kenyang tahap dewa sbb mcm2 makanan dihidangkan...antaranya mee goreng,bubur durian,salad sayur and mcm2 lagi...oh ya...ada kek jga sbb cousin aku smbut befday dia sekali...2 biji kek dorg beli!!sgtsgt tamak haha...tpi berbaloi2 lar...dah habis melantak makan kitaorg kluar pegi tgk ''bunga api''...2 kereta gerak mencari lokasi yg strategik...ok aku sgtsgt enjoy masa tu...jgn crta lah tahap kebahagian kitaorg...haha...

selama 1 minggu bercuti di TAWAU rasa cm tak cukup jer...iya la bila dah jmpa dgn cousin2 yg ''giler'' msti la bestkan..huhu tiba2 rindu kat dorg..xpe raya nti insyaallah balik lgi :D sekarang ni aku tgh cuti sem bosan jga lar sebab xda aktiviti yg menarik nak dilakukan tpi nak buat cmna kan sabar jer la...ok lah rasanya dah cukup panjang entry aku ni nti ada pula yg bosan kan...heee aku tahu aku dah lama gila xupdate blog maklum la org busy bercuti heee...ok sehingga berjumpa lagi di entry akan datang...byebye muahhhhhhh ! smile always dude...